Friday, 23 January 2015

ARTIKEL 5


KELEBIHAN PENGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) memberikan impak  banyak impak kepada pelbagai bidang terutama dalam bidang pendidikan Era teknologi maklumat banyak cabaran kepada sekolah -sekolah di Malaysia penyaluran maklumat yang lebih berkesan dalam P&P khususnyaia lebih berkesan dalam mata pelajaran dalam bidang sains dan juga mata pelajaran lain.  Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengunakan papan hitam dan kapur dengan lebih kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer,bahan elektronik,LCD, kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.Oleh itu pendidikan haruslah mengunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk teknologi terkini agar lebih mudah dan cepat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan Internet Kepada Guru :

Adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran .kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia  telah meninggalakn impak yang besar dalam pembelajaran dan pengajaran mampu mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah di bentuk.
seperti yang telah dinyatakan ,teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai satu medium utama dalam perlaksanaan aktiviti dalam bilik darjah .maklumat yang diperolehi dapat disimpan dalam disket dan boleh digunakan semua jika perlu.

Kelebihan ICT pengajaran dan pembelajaran:

1)menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas.
2)memberi keseronokkan ketika dalam bilik darjah.
memberi tindak balas yang kuat berbanding dengan kaedah tradisional.
4)membantu dalam pemahaman bahan pelajar dapat di fahami kerana pengunaan grafik,Animasi,warna,muzik,simulasi dan dialog atau konsep-konsep yang ingin disampaikan.
5)jangka masa pendek daripada kaedah tradisional.
6)meringankan beban guru bagi pelajar yang lemah untuk mengulangi pelajaran yang sama untuk diulangi.

Kelemahan

1)kekurangan pengetahuan,kepakaran dan kemahiran dikalangan guru untuk mengendalikan kelas.
2)kekurangan komputer untuk aktiviti amali ,membuka dan memasang komponen komputer.
3)kekurangan masa juga antara faktor utama yang menghalang penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuka dan memasang kompenen komputer.
4)terdapat kesukaran dan kekurangan mendapatkan buku-buku dan bahan-bahan rujukan perkakasan dalam bahasa malaysia.
5)tidak terdapat perisian krusus dalam bentuk CD Rom yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidik dan ruang lingkup pembelajaran mengenai perkakasan komputer.

kesimpulan :

pengajaran dan pembelajaran berbentukan komputer bukanlah merupakan fenomena yang baru.PBK berupaya menukarkan pengajaran secara konversional  kepada suasana yang lebih baik dan banyak memberi manfaat kepada semua pendidik.ini disebabkan teknologi maklumat berupaya membina program pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.setiap pendidik atau guru hendaklah mengetahui ilmu-ilmu dalam kemahiran mengunakan sistem komputer dan IT.

No comments:

Post a Comment