Thursday 12 March 2015

Perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran 

 

Maksud Application Software (Perisian Aplikasi)

 

(tajuk berkaitan: maksud perisian aplikasi, erti perisian aplikasi, apa itu perisian aplikasi, definisi perisian aplikasi)
Application Software (Melayu:Perisian Aplikasi) adalah sejenis kategori perisian komputer di mana perisian tersebut melakukan tugasan penggunaan (application) untuk pengguna akhir komputer (end users). Contohnya, perisian aplikasi grafik menyediakan alat-alat khusus untuk pengguna melakukan kerja grafik.

 

KEBAIKAN MENGGUNAKAN PERISIAN SECARA SAH
  • perisian yang lengkap.
  • mempunyai “GUARANTEE” sah dan asli ( original ).
  • bantuan teknikal.
  • menerima upgrade atau patcher secara percuma atau hanya lebih murah.
  • dokumentari yang lengkap.
  • perisian tanpa virus.
  • mengetahui pengguna adalah sah dan tidak perlu takut pada risiko.

  •   Jenis Bahan Bantu Mengajar Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu : -       
   BBM bukan elektronik -     
   BBM elektronik -          
   Bahan- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
  1. Papan tulis atau papan hitam  atau white board.
    -bahan asas dalam pengajaran
    -di gunakan untuk menulis isi -isi penting pelajaran ketika mengajar,


  2  buku teks
     -dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang
     -digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan.


   3.Gambar  
   -Digunakan untuk memulakan pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan sebenar  sukar dibawa ke dalam bilik darjah. 

   4.Kad imbasan atau kad cantuman
   *Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata. 
   *Memperkenalkan perkataan-perkataan baru
   *Sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat rendah

   5.Carta 
   -Susunan maklumat yang sistematik 
   -Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata, simbol dan lukisan. 
   -Jenis carta yang digunakan dalam bilik darjah : a.Carta flip/selak b.Carta pusing c.Carta aliran d.Carta graf e.Carta pai f.Carta tunggal 

   6.Grafik 
 -Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan visual.   -Dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya.

   7.Komputer  
-Boleh diprogramkan untuk mengajar 
-Dapat menggabungkan teks, suara, muzik, grafik, dan animasi sebagai bahan pengajaran. -Pengajaran dalam bentuk persembahan bahana kuliah, soal jawab, dialog, kuiz, ujian dan sebagainya. Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar  
-Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran. 
-Dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan pelajar-pelajar secara langsung. 
-Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi

 

 Kesimpulan
 Proses perlaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baru. Oleh itu guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan dalam bidang teknologi ini. Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang didasari oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru guru perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologi sistem audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar.
  Di samping itu juga, teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengelak pelajar daripada cepat merasa bosan. aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
         

 

 

 


                                                             CREATIVE COMMON

Apa itu Creative Common.

Creative Common membolehkan pengguna membangunkan dan memaksimakan kreativiti digital mereka,dan berkongsi dengan lain dan mengalakkan inovasi antara satu sama lain.melalui pilihan perlesenan yang disediakan oleh Creative Commons.membolehkan pemiliksesutu kandungan berkongsi hasil kerja mereka.,seperti gambar,video,grafik,teks,dan sebagainya untuk digunakan oleh sesiapa sahaja,pada masa yang sama memberikan kredit hak cipta kepada pemilik asal.


Contoh-Contoh Creative Commons.

Dalam bentuk seperti rakaman Video,rakaman audiovisual,rakaman muzik,imej,video,teks,atau rekaan interaktif.

                ;





Kelebihan Creative Common :

1)dapat mengupload gambar atau apa sahaja.
2)memudahkan kemudahan orang ramai yang ingin menceburi dalam bisnes perniagaan.
3)dilindungi hak cipta dan menautkan lisensi pada salinan ciptaan.
4)pengguna web untuk menandai menjadi domain publik.






Jenis- Jenis Creative Common:

  • Atribusi - berbagi serupa (CC BY-SA )
  • Atribusi -tanpa turunan   ( CC BY -ND)
  • Atribusi- non komersial  (CC BY -NC )
  • Atribusi -non komersial -berbagi serupa  (CC BY -NC -SA )
  • Atribusi -non komersial -tanpa turunan   (CC BY -NC -ND)




 Kesimpulan 


secara keseluruhan dapatlah disimpulkan bahawa Creative Common ini perlu diberi perhatianterhadap penggunaanyauntuk menjaga hasil karya si pencipta dan memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan hasil karya mereka yang telah dihak ciptakan.
bagi yang mereka gemar dan aktif berkongsi gambar,video, dan pelbagai karya lain  diarena internet seperti anda berkongsi kandungan hasil karya masing-masing di you tube dan lain-lain lagi.creative common sedikit sebanyak dapatlah membantu bagi mereka menyiapkan kerja dan tugasan.


Sunday 22 February 2015


POST KE 6

 MASALAH ICT DALAM PEMBELAJARAN

1.0  Pengenalan:

Zaman yang serba moden ini pengetahuan,kemahiran,dalam bidang ICT amat diperlukan oleh semua golongan,orang dewasa,dan pelajar-pelajar juga amat penting dalam mengendalikan Teknologi Maklumat.pengetahuan dan kemahiran yang kurang dalam masalah penggunaan ICT  (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama dalam golongan guru-guru di sekolah juga banyak berlaku.
Tahap kemahiran ICT di kalangan guru juga harus mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. .hasil dari kajian menunjukkan guru-guru tidak mengalami masalah yang serius untuk mengunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.kerana ada dikalangan guru -guru yang mahir boleh membantu serta tunjuk ajar bagi guru yang kurang berkemahiran dalam ICT.Oleh yang demikian,adalah perlu untuk setiap pendidik mengunakan alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderugan murid terhadap sesuatu topik terhadap pembelajaran.



1.2  Masalah ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ialah:

(1) Tahap kemahiran guru dalam bidang Teknologi.
(2) Penerimaan Guru terhadap proses p&p mengunakan Teknologi Maklumat.
(3) Kemudahan Teknologi yang berkaitan tidak mencukupi.


1.3  Kebaikan Pengajaran Berbantukan ICT kepada Guru

Proses pengajaran dan pembelajaran ICT sememangnya dapat membantu memudahkan prosese pengajaran dan pembelajaran didalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban tugas guru
Oleh itu,pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menjadi sumber rujukkan dan motivasi kepada guru bagi membuat membuat seterusnya,menghasilkan inovasi pada pengajaran dan pembelajaran agar proses dapat difahami.


1.4   PUNCA MASALAH YANG DIKAJI SELIDIK.

Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk mengunakan alatan ICT .Generasi yang lahir sebelum era 1970 an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT.Hal ini sangat berbeza dengan generasi 1990 an yang cekap dan berpengetahuan yang luas dalam penggunaan ICT. Masih mendapat guru yang masih lagi tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data,atau masih lagi terkial-kial untuk menaip surat,mengunakan' microsoft world' dan ada yang tidak berpengetahuan langsung tentang komputer,kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut.Justeru itu haruslah kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada kepada guru-guru menerusi program atau krusus khas yang dijalankan untuk membantu guru-guru yang tidak berpengetahuan dalam ICT.



1.5  Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan :

-Meningkat kefahaman sesuatu konsep.
-Merangsang murid untuk belajar secara berkesan.
-Membantu murid dalam proses menyelesaikan masalah dengan cepat.
-Membantu murid mengumpulkan maklumat,
-Mewujudkan peluang pembelajaran.
-Mewujudkan  suasana pembelajaran yang seronok.


1.6  Cadangan Menambah Baikkan :

-Peranan kerajaan - memberi kesedaran pengguna ICT dan mempercepatkan penerimaan pengguna
                               Teknologi Maklumat  yang cukup kepada sekolah.
-Peranan sekolah - Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikenadalikan                               dan digunakan secara optimun.oleh guru semasa p & p dijalankan.
-Peranan Guru    - Perhatian yang lebih perlu digunakan apabila mengunakan kaedah pengajaran                                 dan pembelajaran didalam kelas.
-Peranan Masyarakat- Memberi sokongan dan dorongan serta membantu dalam sistem peralatan
                                  dan sebagainya.
                             

Kesimpulan :

Sistem pendidikan hari ini banyak mengunakan ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia.Dari masa kesemasa kerajaan sentiasa memcari jalan supaya sistem pendidikan dapat dipertingkatkan .Kementeriaan Pendidikan diharapkan dapat mempertimbangkan lagi lagi penyediaan program-program latihan peningkatan ilmu dalam bidang teknologi maklumat kepada guru-guru agar dapat menjalankan  P&P  dengan baik dan berkesan.Guru-guru sendiri perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memeperkukuhkan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma dalam sistem pendidikan kini.



Rujukkan ;

-Azmi Hj .Maad dan Norhayati isa ( 2000),peranan guru dalam era IT. -Balakrishman M, (2002) Penggunaan komputer oleh guru pelatih. -http//eprints .utm.my/
-Kamus  Dewan Edisi Ketiga (2002) Kuala Lumpur. 



Tuesday 17 February 2015

PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI


Artikel ini di tulis oleh;
Prof.madya Dr syed muhammaddawilah al-idrus
Pengarah pusat Islam
Universiti Tun Hussien Oon Malaysia.


Dakwah juga merupakan satu amanah dari allah.justeru penggunaan ICT sesuatu yang relevandan penting,Digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan dalam penyebaran dakwah kepada khalayak orang ramai.ini juga daripada satu kaedah dakwah dalam menghadapi cabaran dan gugatan kerakusan seragan globabalisasi kini.
Dakwah ialah panggilan kepada allah atau pun seruan kepada agama islam adalah termasuk agama yang mengajak manusia untuk menganut prinsip yang diseru olehnya .Al-dakwah juga boleh ditakrifkan sebagai seruan kepada allah mempercayai sebagai tuhan yang esa dan tiada sekutu baginya,beriman dengan malaikat,kitab,para rasul,di hari akhirat dan qada dan qadar.
Dakwah dari segi bahasa "Dakwah''adalah perkataan dari arab dan merupakan masdar.
Mengalihkan kepada pemikiran manusia kepada akidah yang memberikan mereka manfaat atau menyelamatkan mereka dari kesesatan  atau kecelakaan yang boleh memusnahkn mereka.
Dakwah juga bermaksud seruan yang ditujukan kepada manusia oleh tuhan dan rasul untuk mempercayai agama yang benar.dakwah menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan,contohnya nabi Muhammad melakukan dakwah islam sama ada melalui lisan,tulisan,mahupun perbuatan.seorang pendakwah haruslah kreatif dalam mengunakan mekanisme dakwah kemudahan ICT, sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang sesuai dengan ajaran islam.


Cara Teknik Berdakwah :

(a)  Penuh hikmah.
(b)  Berperingkat -peringkat.
(c)  Baik serta pelbagai cara.

-Dakwah boleh disebarkan dalam pelbagai cara dan bukan terikat dengan tempat surau-surau sahaja tetapi juga melalui Media Cetak ,Media Elektronik Internet.Dimalaysia sahaja ,laman-laman web islam,sudah tersebar luas,contoh ;solat.com,ikhlas .com,mukmim.com,islam,gov.my.ikim.gov.com.dan macam -macam lagi yang ada di internet.



Kelebihan dakwah mengunakan ict :


(i) mudah dan cepat apa yang disampaikan dapat diterima semua golongan.

(ii) Berjaya menarik perhatian orang ,sama ada muda atau dewasa.

(iii) Memberi altenatif baru kepada menyebaran maklumat.


Kesimpulan :

Budaya penyebaran maklumat islam di internet perlu diperluaskan oleh umat islam demi kemaslahatan agama islam,Misalnya usaha mempelbagaikan laman-laman web ilmiah adalah dialu-alukan supaya apabila maklumat islam menjadi majoriti Internet.Maka ia menjadi fokus utama komuniti di internet malah eltenatif kepada laman -laman negatif yang tidak mendatangkan faedah.
Disamping itu,umat islam juga harus beralih kepada paradigma baru dengan menganggap pembudayaan ICT terhadap agama adalah satu uslub dakwah dialaf baru.Ianya penting untuk memastikan syiar dan syariat islam diseluruh dunia dapat dipertingkatkan sekaligus menjadi umat terbaik dalam pengimarahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.





Friday 23 January 2015

ARTIKEL 5


KELEBIHAN PENGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) memberikan impak  banyak impak kepada pelbagai bidang terutama dalam bidang pendidikan Era teknologi maklumat banyak cabaran kepada sekolah -sekolah di Malaysia penyaluran maklumat yang lebih berkesan dalam P&P khususnyaia lebih berkesan dalam mata pelajaran dalam bidang sains dan juga mata pelajaran lain.  Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengunakan papan hitam dan kapur dengan lebih kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer,bahan elektronik,LCD, kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.Oleh itu pendidikan haruslah mengunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk teknologi terkini agar lebih mudah dan cepat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan Internet Kepada Guru :

Adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran .kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia  telah meninggalakn impak yang besar dalam pembelajaran dan pengajaran mampu mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah di bentuk.
seperti yang telah dinyatakan ,teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai satu medium utama dalam perlaksanaan aktiviti dalam bilik darjah .maklumat yang diperolehi dapat disimpan dalam disket dan boleh digunakan semua jika perlu.

Kelebihan ICT pengajaran dan pembelajaran:

1)menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas.
2)memberi keseronokkan ketika dalam bilik darjah.
memberi tindak balas yang kuat berbanding dengan kaedah tradisional.
4)membantu dalam pemahaman bahan pelajar dapat di fahami kerana pengunaan grafik,Animasi,warna,muzik,simulasi dan dialog atau konsep-konsep yang ingin disampaikan.
5)jangka masa pendek daripada kaedah tradisional.
6)meringankan beban guru bagi pelajar yang lemah untuk mengulangi pelajaran yang sama untuk diulangi.

Kelemahan

1)kekurangan pengetahuan,kepakaran dan kemahiran dikalangan guru untuk mengendalikan kelas.
2)kekurangan komputer untuk aktiviti amali ,membuka dan memasang komponen komputer.
3)kekurangan masa juga antara faktor utama yang menghalang penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuka dan memasang kompenen komputer.
4)terdapat kesukaran dan kekurangan mendapatkan buku-buku dan bahan-bahan rujukan perkakasan dalam bahasa malaysia.
5)tidak terdapat perisian krusus dalam bentuk CD Rom yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidik dan ruang lingkup pembelajaran mengenai perkakasan komputer.

kesimpulan :

pengajaran dan pembelajaran berbentukan komputer bukanlah merupakan fenomena yang baru.PBK berupaya menukarkan pengajaran secara konversional  kepada suasana yang lebih baik dan banyak memberi manfaat kepada semua pendidik.ini disebabkan teknologi maklumat berupaya membina program pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.setiap pendidik atau guru hendaklah mengetahui ilmu-ilmu dalam kemahiran mengunakan sistem komputer dan IT.

CARA-CARA MEMBUAT ROTI CANAI

a
a

kawan-kawan cuba kamu tengok video ini teknik membuat roti canai dengan secara mudah dan cepat .bagi yang sibuk bekerja dan tidak ada masa untuk mencari bahan-bahan untuk membuatnya atau tidak tahu cara membuatnya lihatlah video ku ini.dengan melihat video ini dapat memberikan pengalaman baru untuk diri kamu semua tentang cara-cara membuat roti canai.membuat roti canai ini bukannya susah susah.video ini memaparkan caranya dengan cepat.

Tuesday 30 December 2014

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN WEB

OLEH :

Rahimi bin md saad
Zawawi bin ismail
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pendidikan bahasa arab sebagai bahasa asing atau kedua semakin mendapat perhatian di seluruh Malaysia.kepentingan menguasai bahasa arab bukan sahaja dapat dilihat dari aspek pendidikan agama islam sahaja tetapi turut mengambil kira usaha pengembangan pelbagai sektor ekonomi negara.
penguasaan bahasa arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-quran.ini amat penting kerana salah satu cara untuk mempertabatkan diri seseorang dan dapat menguasai bahasa arab dengan lebih baik untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan agama islam.oleh itu adalah menjadi tanggungjawab bahagian pendidikan untuk memberi didikan pelajar-pelajar untuk mewujudkan insan yang seimbang,dan harmoni dari segi intelek,rohani,dan jasmani.pihak kementerian pendidikan Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran bahasa arab untuk sekolah rendah, termasuk dalam program J-QAF.

PENTINGNYA BELAJAR BAHASA ARAB :

1.bahasa arab adalah lughah al-quran dan sudah sebati dihati umat islam di seluruh negara..

2.harus dipelajari oleh umat islam untuk mengetahui bahasa al-quran dan maksudnya.

3.bahasa arab bahasa yang telah lama mempengaruhi iklim bahasa dunia dan membantu kepada perkembangan tamadun manusia serta menjadi dinamo yang telah berjaya merubah dan membentuk keperibadian struktur sesebuah negara dan bangsa.

4.juga memudahkan kita mendalami intipasi dan pengertian al-quran,hadis rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam dan kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab.