POST KE 6
MASALAH ICT DALAM PEMBELAJARAN
1.0 Pengenalan:
Zaman yang serba moden ini pengetahuan,kemahiran,dalam bidang ICT amat diperlukan oleh semua golongan,orang dewasa,dan pelajar-pelajar juga amat penting dalam mengendalikan Teknologi Maklumat.pengetahuan dan kemahiran yang kurang dalam masalah penggunaan ICT (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama dalam golongan guru-guru di sekolah juga banyak berlaku.
Tahap kemahiran ICT di kalangan guru juga harus mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. .hasil dari kajian menunjukkan guru-guru tidak mengalami masalah yang serius untuk mengunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.kerana ada dikalangan guru -guru yang mahir boleh membantu serta tunjuk ajar bagi guru yang kurang berkemahiran dalam ICT.Oleh yang demikian,adalah perlu untuk setiap pendidik mengunakan alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderugan murid terhadap sesuatu topik terhadap pembelajaran.
1.2 Masalah ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ialah:
(1) Tahap kemahiran guru dalam bidang Teknologi.
(2) Penerimaan Guru terhadap proses p&p mengunakan Teknologi Maklumat.
(3) Kemudahan Teknologi yang berkaitan tidak mencukupi.
1.3 Kebaikan Pengajaran Berbantukan ICT kepada Guru
Proses pengajaran dan pembelajaran ICT sememangnya dapat membantu memudahkan prosese pengajaran dan pembelajaran didalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban tugas guru
Oleh itu,pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menjadi sumber rujukkan dan motivasi kepada guru bagi membuat membuat seterusnya,menghasilkan inovasi pada pengajaran dan pembelajaran agar proses dapat difahami.
1.4 PUNCA MASALAH YANG DIKAJI SELIDIK.
Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk mengunakan alatan ICT .Generasi yang lahir sebelum era 1970 an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT.Hal ini sangat berbeza dengan generasi 1990 an yang cekap dan berpengetahuan yang luas dalam penggunaan ICT. Masih mendapat guru yang masih lagi tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data,atau masih lagi terkial-kial untuk menaip surat,mengunakan' microsoft world' dan ada yang tidak berpengetahuan langsung tentang komputer,kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut.Justeru itu haruslah kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada kepada guru-guru menerusi program atau krusus khas yang dijalankan untuk membantu guru-guru yang tidak berpengetahuan dalam ICT.
1.5 Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan :
-Meningkat kefahaman sesuatu konsep.
-Merangsang murid untuk belajar secara berkesan.
-Membantu murid dalam proses menyelesaikan masalah dengan cepat.
-Membantu murid mengumpulkan maklumat,
-Mewujudkan peluang pembelajaran.
-Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok.
1.6 Cadangan Menambah Baikkan :
-Peranan kerajaan - memberi kesedaran pengguna ICT dan mempercepatkan penerimaan pengguna
Teknologi Maklumat yang cukup kepada sekolah.
-Peranan sekolah - Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikenadalikan dan digunakan secara optimun.oleh guru semasa p & p dijalankan.
-Peranan Guru - Perhatian yang lebih perlu digunakan apabila mengunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.
-Peranan Masyarakat- Memberi sokongan dan dorongan serta membantu dalam sistem peralatan
dan sebagainya.
Kesimpulan :
Sistem pendidikan hari ini banyak mengunakan ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia.Dari masa kesemasa kerajaan sentiasa memcari jalan supaya sistem pendidikan dapat dipertingkatkan .Kementeriaan Pendidikan diharapkan dapat mempertimbangkan lagi lagi penyediaan program-program latihan peningkatan ilmu dalam bidang teknologi maklumat kepada guru-guru agar dapat menjalankan P&P dengan baik dan berkesan.Guru-guru sendiri perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memeperkukuhkan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma dalam sistem pendidikan kini.
Rujukkan ;
-Azmi Hj .Maad dan Norhayati isa ( 2000),peranan guru dalam era IT. -Balakrishman M, (2002) Penggunaan komputer oleh guru pelatih. -http//eprints .utm.my/
-Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) Kuala Lumpur.